Tegar jari-jemari ini menarikan bingkisan tentang hati dan perasaanku kali ini,
Entah mengapa hati ini terdetik untuk mengatakan tentang cinta, tentang hati dan tentang perasaan,
Mungkin ini masanya aku untuk memikirkan tentangnya
Akan tetapi ia akan berjanggah dengan prinsipku sedia ada,
“no love until the end of study”
Betullah apa orang bicara,
Bingkisan jiwa sukar dilafaz,
Tetapi aku tegar untuk meluahkannya di warkah ini
Bahawa aku jua punya perasaan dan hati untuk dicintai
Dan untuk disayangi
Seperti merpati dua sejoli yang disayangi,
Terbang gembira menimbulkan cemburu di hati
Mungkinkah masanya aku kini
Utuk mencari, berbicara tentang perasaan yang tersembunyi
Hanya pada Ilahi sahaja aku serahkan nurani ini,
Agar petunjuk dan hidayah mudah diberi,
Ada kenalan rapatku tegar menagih cintaku ini,
Tetapi bagiku dia bukan pilihan hati,
Kerana dia banyak kekurangan pada diri,
Yang mungkin suatu hari,
Menyebabkan aku mula menutupkan hati,
Untuk menetapkannya dilubuk sanubari,
Namun,
Dia kata mengerti segalanya,
Bahawa kita berteman sehingga ke akhirnya,
Hingga takdir Yang Maha Esa yang mengubahnya,
Kepada ikatan yang lebih dari teman biasa,
Itu bingkisan nuraninya
Bagiku,
Aku tida mahu begitu,
Dek kerana sukar untukku,
Mengubah status teman kepada yang lebih baru,
Menjadi merpati sejoli di awan biru,
Merafak perhubungan yang menderu,
Menjadi ikatan yang padu,
Sehingga ke anak cucu,
Sesungguhnya,
Aku tegar tidak mahu ke arah destinasi cinta
Mungkin disebabkan banyak kekurangan pada dirinya
Menyebabkanku menolaknya tersemat dipersada jiwa,
Kerana temanku pernah berbicara,
Bahawa selagi ada kuasa memilihnya,
Akanku kian mengikut kata kalbu cinta,
Mencari kesempurnaan yang mesra,
Walaupun penciptaanNya tidak sempurna,
Namun, ku jua redha ketentuanNya,
Bila sampai ketika nanti,
Kadangkala teman mesraku ini,
Membuatkanku cepat berubah hati,
Dek kerana tidak pandai mengerti,
Ungkapan dan mainan kata hati,
Mendorongku alangkah bahagianya disisi,
Jika ia menjauh dari hati ini,
Sehingga lupa perasaan pada diri,
Untuk bersama mengabdi diri,
Hingga akhirnya nanti,
Bahagia yang dicari,
Apakah dia ditakdirkan untukku,
Atau sekadar tempat mengadu,
Segala perasaanku,
Segala permasalahanku,
Segala kecintaanku,
Dan segala hasrat hatiku,
Atau apakah dia telah salah mentafsir kemesraan yang dijalin,
Kepada pertemuan, persahabatan yang kekal ke jinjang pelamin,
Sehingga ke titis keringat yang terakhir yang mengikatkan,
Dua jiwa menjadi taman idaman,
Kekurangannya menginsafi diriku,
Tentang penerimaan tentang ciptaan yang hakiki,
Namun begitu,
Dia begitu banyak kekurangan bagiku,
Sekadar teman sahaja bagiku,
Lebih dari itu, akan ku bekukan kalbu,
Supaya tidak ditusuk oleh kekurangannya itu,
Akanku mencari pendinding kalis rindu,
Agar dapat membezakan teman dan ratu,
Antara hati dan jiwa yang dipadu,
Tetapi,
Bagaimanakah harus ku khabarkan padanya,
Bahawa lamarannya akan ku tolak dengan jiwa yang rela,
Dek kerana peganganku mencari kesempurnaan pada ratu,
Ratu hatiku yang akan bertakhta di jiwa yang satu,
Walaupun Nabi berpesan kita sesuatu,
Lihat pada agama, harta, kecantikan dan keturunan yang dirindu,
Maka, pilihlah agama dihatimu,
Alan tetapi, sepanjang perkenalannya denganku,
Kriteria yang diberi Nabi jua diragu,
Kerana itu menyebabkan kurangnya pada keistimewaan kalbu,
Dirinya tidak menonjolkan kriteria yang dituju,
Menyebabkanku berfikir kata dua,
Adalah dia harus aku buru,
Atau biarkan sahaja takdirnya dengan yang teman baru,
Agar mendapat persamaan yang kufu’
Kafaahnya juga tidak kufu’ denganku,
Member sirna bahawa dia tidak sesuai bagiku,
Kerana kafaah itu,
Akanku buru kafaah yang baru,
Mencari kesempurnaan pada diri,
Agar dapat menjaga zuriat yang dikurnia Ilahi,
Dengan amal, kebaikan dan ilmu,
Menjadi hambanya yang diredha selalu,
Menjadi penawar kalbu,
Di dunia dan di akhirat yang dituju,
Salahkan aku mempertaruhkan kufu’,
Dalam mencari pasangan yang boleh memandu,
Boleh dipandu,
Boleh menolong selalu,
Boleh ringankan tangan selalu,
Maka, itulah titik yang aku harus ketemu,
Dalam melaksana syariatNya yang satu,
Dalam mencari pasangan kalbu,
yang, I would say that this I promise you,
Without you in my life, I can’t go on unless with you,
Forever, I will says I love you,
Ever no doubt in you,
You, I love you.
Aku kini mula sedar,
Bahawa dia bukan dicipta untukku,
Hanya sekadar teman pasti mesra,
Tidak lebih dari itu,
Walaupun suatu hari nanti aku ditakdir untuknya,
Akanku tidak menolak,
Mungkin itu sudah jodoh pertemuanku ditajak,
Akan tetapi,
Selagi diberi pilihan,
Akan ku pilih yang terbaik untuk diriku,
Kerana biarku bahagia melayar bahtera bersama,
Dengan si dia yang ku cinta
Walau badai halangan datang melanda,
Walau tsunami kasih datang bergelora,
Walau taufan dugaan datang menduga,
Akan ku hadapinya dengan tenang,
Bersama si dia yang ku cintai,
Sehingga akhir hayatku nanti,
Segalanya pasti,
Meniti kebahagiaan yang hakiki,
Dijalan yang diredhai Ilahi,
Selamanya pasti.
(keruan hati ini bila memikirkan cinta, hati dan perasaan kerana lumrah manusia diciptkan berpasang-pasangan, carilah pasangan yang dirasakan sesuai dengan sempurna, kerana kita akan hidup bersamanya selama hayat kita masih dikandung badan. Jika, percaturan atau masalah klabu melanda, maka, pohonlah pada Ilahi agar diberikan petunjuk dan hidayah untuk mencari mahabbah dihati yang boleh membahagikan kita bukan sahaja didunia tetapi di akhirat jua)
No comments:
Post a Comment