Saturday, October 31, 2009

universalnya cinta itu....!!!

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,

Cinta pada manusia, manusia akan mati,

Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi….

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta.

Cinta pada harta,

Cinta pada dunia dan cinta pada kekasih.

Sehinggakan Laila Majnun,

Romeo dan Juliet menjadi idola,

Kita juga mengaku cinta

kepada yang sayang pada hakikinya

tidak pernah terlintas di sanubari,

Buang emak buang saudara

Kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada

Yang Esa.

Kita mengaku menyintai Allah,

Tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya.

Acapkali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa.

Sekadar sembahyang 5 waktu yang kadang kala kita abaikan.

Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?

Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja,

Ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja.

Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah.

Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

No comments:

Post a Comment