Friday, October 30, 2009

C.I.N.T.A = L.O.V.E (MOHABBAT)

Remaja dan cinta

 dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa “ajaib” itu datang jua.

Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

Begitu jua diri ini, tatkala perasaan cinta itu menerjah ruangan kalbu hatiku, serba tidak kena jadinya, makin diusir makin terasa dikat dihati. Malahan lagi, setiap kerlipan mata berkelip membayangkan wajahnya disanubari. Alangkah bahagianya rasa jika cinta terhadapnya itu merupakan pilihan yang hakiki, tiada dua dan tiada tiga Cuma satu pilihan kalbu.

Namun, seperti melakar di tepian pantai, lakaran tersebut hilang dilanda ombak menghempas pantai. Adakah kehadiran cintanya sekadar menduga diri ini? Atau adakah tiupan syahdu sayang hanya melempias hembusan lembutnya dilubuk hati. Hati ini jadi tidak keruan kerana apa yang daku rasakn cinta itu disambar oleh sang penagih simpati
.

walaupun menjadi idaman hati menyuntingnya menjadi idaman suri, namun hajat ini tidak kesampaian kerana apa yang digapai dihalang pepohon yang melata menyebabkan tangan yang digapi tidak dapat disambut erat. Adakah ini lakuna di pentas cinta?atau adakah menjadi kesalahan jika menyukai orang yang disukai?

Hari berlalu dan musim berganti, perasaan masih tidak keruan daku hiburkan dengan muhasabah diri. Hati ini bermonolog sendirian adakah dia bukan diciptakan untukku. 

Daku mula pasrah diatas apa yang terjadi walaupun payah hati mengiyakan perbuatan tersebut. 

Justeru, pintaku hanya satu, kepada sang penagih simpati, hargailah dia selagi disisi dan bahagiakan dia selagi jasad dikandung badan kerana nikmat itu milik Ilahi dan Dia berhak untuk menafikan kenikmatan tersebut.

No comments:

Post a Comment