Sesungguhnya alam ciptaanNya banyak keindahan yang tidak dapat kita singkapkan kerana begitu banyak kekuasaan yang dimiliki oleh-Nya. Justeru itu, luangkan sedikit masa menikmaati keindahan alam ciptaanNya untuk sama-sama mengucapkan kesyukuran ke atas nikmat yang dikurniakan-Nya.
Kadangkala kita acapkali terlupa bahawa kehidupan kita ibarat suatu pohon, begitu juga dengan amalan kita.Seperti perikan lagu Saujana:
sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya.
Ibarat pohon yang ketandusan sistem rantaian fotosnitesis,
dampaknya menyebabkan pepohonan itu layu dipusara dosa..
renung-renung dan fikir-fikirlah.
Dedaunan itu akn gugur bila tiba waktunya,
begitu juga dengan kehidupan ini,
walau sehebat mana hidup ini,
walau setinggi mana darjat diri,
walau semewah mana harta yang diingini,
semuanya merupakan Kurniaan Ilahi.
daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali
No comments:
Post a Comment