Friday, April 16, 2010

kisah perjalanan cinta, kasih dan sedih dan kecewa

Entah mengapa kebelakangan ini, hati ini gertas ingin bermadah pujangga dan berpuisi. Justeru, ku biarkan sahaja pena menari rentak tulisan tentang sebuah perjalanan CINTA-KASIH-KECEWA dan SEDIH. Hayatilah monolog yang dilontarkan. Moga apa yang cuba disampaikan mampu menjadi renungan buat semua.

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Sementara itu, dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH, asyik memerhatikan gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama benar rasanya CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH  dan menyayangi KASIH dalam diam. 

CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar. Raut wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka tatkala ditatap olehnya. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA. KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.

Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. dibiarkan sahaja KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. Mereka mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka. 

 "KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk.. "Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?"

.Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yang ingin rapat dengan KASIH. "KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?" "Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."

KASIH ingin berlalu pergi.  

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."
 "CINTA tunggu jawapan KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi. KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungkin KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.   

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..

Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.

GEMBIRA..kenapa kau menjauh dariku, datanglah kepadaku kerana kudambakan kegembiraanmu walaupun CINTA bakal menghalang..?

No comments:

Post a Comment