Friday, April 16, 2010

keegoanku kekalahanmu




Hari ini
gemala hati kian kencang,
Tatkala berbicara tentang perasaan dan kecundang,
Aku tidak mahu berdepan dengan kegagalan,
Tetapi dimanakah letaknya nilai kejujuran?
Di hati atau pada kesetiaan…

Yang menjadi dilema antara dua persoalan,
Harus diteruskan atau sekadar berteman,
Kerana ku masih utuh dengan keegoan,
Memegang prinsip yang menjadi igauan,
Dalam berbicara dengan persoalan,
Menongkah jiwa, hati dan perasaan,

Hari ini
daku mendapat khabar berita,
Bahawa diriku adalah teristimewa padanya.
Namun diri ini pasrah dengan takdir Maha Esa,
Andai dia ditakdir bersama,
Kan ku teruskan jua sampai akhir ketika,

Dia memberikan seribu makna,
Sempena pemberian yang aku pinta,
Terdetik dihati menyapa mesra,
Kesanggupannya memberikanku bahagia,
Dek kerana ingin memenangi sukma,
Yang sentiasa tiada penghujungnya,

Walaupun badai datang melanda,
Ditempoh jua demi bersama,
Melayar bahtera disuatu ketika,
Yang dijanji oleh Yang Maha Esa,
Penuh perasaan dan jua jiwa,
Berbunga jujur berkembang setia,
Sampai akhir hayat didunia katanya,

Berbeda hati menimbang tara,
Adakah kehadirannya dapatku terima,
Kerana prinsipku yang membakar setia,
Mencari kesempurnaan dalam berbicara,
Dari arena hingga ke sukma,
Berpadu menanti hayat yang ada,
Menjadi ingatan yang tak kunjung tiba,
Menanti kehadiran yang teristimewa,
Menambat jiwa raga nan rasa,
Pilihan kalbu mendamai mesra,
Hingga ketika waktu di syurga,
Menanti setia dalam bahagia,

Namun,
Dimana kanku temu semua,
Diminda dijiwa atau sekadar mainan rasa,
Doa dipinta hajat diserta,
Moga terbaik menjadi agenda,
Segenap dimensi dan jua hatinya,
Menyapa bahagia hingga hayatnya,
Bersama menanti bayangan syurga,
Didunia dan di Akhirat sana…

No comments:

Post a Comment

Friday, April 16, 2010

keegoanku kekalahanmu




Hari ini
gemala hati kian kencang,
Tatkala berbicara tentang perasaan dan kecundang,
Aku tidak mahu berdepan dengan kegagalan,
Tetapi dimanakah letaknya nilai kejujuran?
Di hati atau pada kesetiaan…

Yang menjadi dilema antara dua persoalan,
Harus diteruskan atau sekadar berteman,
Kerana ku masih utuh dengan keegoan,
Memegang prinsip yang menjadi igauan,
Dalam berbicara dengan persoalan,
Menongkah jiwa, hati dan perasaan,

Hari ini
daku mendapat khabar berita,
Bahawa diriku adalah teristimewa padanya.
Namun diri ini pasrah dengan takdir Maha Esa,
Andai dia ditakdir bersama,
Kan ku teruskan jua sampai akhir ketika,

Dia memberikan seribu makna,
Sempena pemberian yang aku pinta,
Terdetik dihati menyapa mesra,
Kesanggupannya memberikanku bahagia,
Dek kerana ingin memenangi sukma,
Yang sentiasa tiada penghujungnya,

Walaupun badai datang melanda,
Ditempoh jua demi bersama,
Melayar bahtera disuatu ketika,
Yang dijanji oleh Yang Maha Esa,
Penuh perasaan dan jua jiwa,
Berbunga jujur berkembang setia,
Sampai akhir hayat didunia katanya,

Berbeda hati menimbang tara,
Adakah kehadirannya dapatku terima,
Kerana prinsipku yang membakar setia,
Mencari kesempurnaan dalam berbicara,
Dari arena hingga ke sukma,
Berpadu menanti hayat yang ada,
Menjadi ingatan yang tak kunjung tiba,
Menanti kehadiran yang teristimewa,
Menambat jiwa raga nan rasa,
Pilihan kalbu mendamai mesra,
Hingga ketika waktu di syurga,
Menanti setia dalam bahagia,

Namun,
Dimana kanku temu semua,
Diminda dijiwa atau sekadar mainan rasa,
Doa dipinta hajat diserta,
Moga terbaik menjadi agenda,
Segenap dimensi dan jua hatinya,
Menyapa bahagia hingga hayatnya,
Bersama menanti bayangan syurga,
Didunia dan di Akhirat sana…

No comments:

Post a Comment