Thursday, April 1, 2010

cebisan kenangan mengukir senyuman


Hari ini kita berkumpul
Esok lusa kita berpisah
Namun kenangan kelmarin menggamit segala

Kita mengikat kenangan itu menjadi sebuah puisi
Untuk dilantera disegenap benua bahawa
Cebisan kenangan yang terukir
Mengundang senyuman dibibir merah

Lantas diingati sepenuh rela
Menggamit memori kenangan tercipta
Cebisannya memahat senyuman mesra

Hilai tawa senda gurau peneman
Tatkala Jiwa lara dan sengsara
Menerajui impian dipersada
Tanpa lupa akarnya dibumi
Resminya padi semakin tunduk semakin berisi


Jauh datangnya menggapai bintang
Harapan digalas  sepenuh rela
Menangis ketawa senda dan gurau
Menjadi mainan jiwa tatkala bertemu
Disinilah
Disinilah kita ukir cebisan kenangan itu dengan senyuman

Tanpa disedari itulah kenangan terakhir bersama
Andai dia dijemput dahulu pulang olehnya
Tanpa sebarang memori tercipta

Tiada lagi hilai tawa
Tiada lagi senda gurau
Tiada lagi segala-gala
Tetapi hanya yang tinggal kini
Secebis kenangan diulit senyuman

Secebis kenangan yang terpatri
Akan kita pahat dijiwa
Untuk menjadi tarian rindu dihati
Kerana
Cebisan  kenangan itulah
Akan kita ukir menjadi senyuman…

No comments:

Post a Comment

Thursday, April 1, 2010

cebisan kenangan mengukir senyuman


Hari ini kita berkumpul
Esok lusa kita berpisah
Namun kenangan kelmarin menggamit segala

Kita mengikat kenangan itu menjadi sebuah puisi
Untuk dilantera disegenap benua bahawa
Cebisan kenangan yang terukir
Mengundang senyuman dibibir merah

Lantas diingati sepenuh rela
Menggamit memori kenangan tercipta
Cebisannya memahat senyuman mesra

Hilai tawa senda gurau peneman
Tatkala Jiwa lara dan sengsara
Menerajui impian dipersada
Tanpa lupa akarnya dibumi
Resminya padi semakin tunduk semakin berisi


Jauh datangnya menggapai bintang
Harapan digalas  sepenuh rela
Menangis ketawa senda dan gurau
Menjadi mainan jiwa tatkala bertemu
Disinilah
Disinilah kita ukir cebisan kenangan itu dengan senyuman

Tanpa disedari itulah kenangan terakhir bersama
Andai dia dijemput dahulu pulang olehnya
Tanpa sebarang memori tercipta

Tiada lagi hilai tawa
Tiada lagi senda gurau
Tiada lagi segala-gala
Tetapi hanya yang tinggal kini
Secebis kenangan diulit senyuman

Secebis kenangan yang terpatri
Akan kita pahat dijiwa
Untuk menjadi tarian rindu dihati
Kerana
Cebisan  kenangan itulah
Akan kita ukir menjadi senyuman…

No comments:

Post a Comment