Gelisah jiwa ini
Merana kalbu ini jika permintaannya tidak dipenuhi
Mengapa hal ini terjadi
Sedangkan aku cuba mengelak dengan menyendiri
Hakikatnya aku dinodai
Dengan bisikan syaitan yang menyanyi
Ditepian telinga ini
Supaya jauh dari Ilahi
Dan memenuhi kepuasan diri
Walau apa cara yang dicari
Asalkan berjaya hasrat dihati
Sesungguhnya
Kepada mu ilahi aku berserah
Segala keadaan yang makin parah
Aku juga mahu Mu pimpinku ke arah terarah
Dengan pengampuan dan barakah
Hanya dariMU yang Maha Pemurah
Daku ingin kembali ke jalan MU
Pimpinlah daku dalam redhaMU
Kerana sesungguhnya daku malu
Berdepan denganMU
Berbekalkan dosa dan noda di kalbu
Aku mahu berubah
Ya Allah…
No comments:
Post a Comment