Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….
Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan...
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku...
"to do is to be"-Friedrich Nietzsche "to be is to do"-Immanuel Kant "do be do be do..."-Frank Sinatra "do what you do, be what you be.."-Little Caliph Jr.
Friday, April 23, 2010
cinta vs. suka
Monday, April 19, 2010
salahkah jika memilih dalam mencari pasangan
Tegar jari-jemari ini menarikan bingkisan tentang hati dan perasaanku kali ini,
Entah mengapa hati ini terdetik untuk mengatakan tentang cinta, tentang hati dan tentang perasaan,
Mungkin ini masanya aku untuk memikirkan tentangnya
Akan tetapi ia akan berjanggah dengan prinsipku sedia ada,
“no love until the end of study”
Betullah apa orang bicara,
Bingkisan jiwa sukar dilafaz,
Tetapi aku tegar untuk meluahkannya di warkah ini
Bahawa aku jua punya perasaan dan hati untuk dicintai
Dan untuk disayangi
Seperti merpati dua sejoli yang disayangi,
Terbang gembira menimbulkan cemburu di hati
Mungkinkah masanya aku kini
Utuk mencari, berbicara tentang perasaan yang tersembunyi
Hanya pada Ilahi sahaja aku serahkan nurani ini,
Agar petunjuk dan hidayah mudah diberi,
Ada kenalan rapatku tegar menagih cintaku ini,
Tetapi bagiku dia bukan pilihan hati,
Kerana dia banyak kekurangan pada diri,
Yang mungkin suatu hari,
Menyebabkan aku mula menutupkan hati,
Untuk menetapkannya dilubuk sanubari,
Namun,
Dia kata mengerti segalanya,
Bahawa kita berteman sehingga ke akhirnya,
Hingga takdir Yang Maha Esa yang mengubahnya,
Kepada ikatan yang lebih dari teman biasa,
Itu bingkisan nuraninya
Bagiku,
Aku tida mahu begitu,
Dek kerana sukar untukku,
Mengubah status teman kepada yang lebih baru,
Menjadi merpati sejoli di awan biru,
Merafak perhubungan yang menderu,
Menjadi ikatan yang padu,
Sehingga ke anak cucu,
Sesungguhnya,
Aku tegar tidak mahu ke arah destinasi cinta
Mungkin disebabkan banyak kekurangan pada dirinya
Menyebabkanku menolaknya tersemat dipersada jiwa,
Kerana temanku pernah berbicara,
Bahawa selagi ada kuasa memilihnya,
Akanku kian mengikut kata kalbu cinta,
Mencari kesempurnaan yang mesra,
Walaupun penciptaanNya tidak sempurna,
Namun, ku jua redha ketentuanNya,
Bila sampai ketika nanti,
Kadangkala teman mesraku ini,
Membuatkanku cepat berubah hati,
Dek kerana tidak pandai mengerti,
Ungkapan dan mainan kata hati,
Mendorongku alangkah bahagianya disisi,
Jika ia menjauh dari hati ini,
Sehingga lupa perasaan pada diri,
Untuk bersama mengabdi diri,
Hingga akhirnya nanti,
Bahagia yang dicari,
Apakah dia ditakdirkan untukku,
Atau sekadar tempat mengadu,
Segala perasaanku,
Segala permasalahanku,
Segala kecintaanku,
Dan segala hasrat hatiku,
Atau apakah dia telah salah mentafsir kemesraan yang dijalin,
Kepada pertemuan, persahabatan yang kekal ke jinjang pelamin,
Sehingga ke titis keringat yang terakhir yang mengikatkan,
Dua jiwa menjadi taman idaman,
Kekurangannya menginsafi diriku,
Tentang penerimaan tentang ciptaan yang hakiki,
Namun begitu,
Dia begitu banyak kekurangan bagiku,
Sekadar teman sahaja bagiku,
Lebih dari itu, akan ku bekukan kalbu,
Supaya tidak ditusuk oleh kekurangannya itu,
Akanku mencari pendinding kalis rindu,
Agar dapat membezakan teman dan ratu,
Antara hati dan jiwa yang dipadu,
Tetapi,
Bagaimanakah harus ku khabarkan padanya,
Bahawa lamarannya akan ku tolak dengan jiwa yang rela,
Dek kerana peganganku mencari kesempurnaan pada ratu,
Ratu hatiku yang akan bertakhta di jiwa yang satu,
Walaupun Nabi berpesan kita sesuatu,
Lihat pada agama, harta, kecantikan dan keturunan yang dirindu,
Maka, pilihlah agama dihatimu,
Alan tetapi, sepanjang perkenalannya denganku,
Kriteria yang diberi Nabi jua diragu,
Kerana itu menyebabkan kurangnya pada keistimewaan kalbu,
Dirinya tidak menonjolkan kriteria yang dituju,
Menyebabkanku berfikir kata dua,
Adalah dia harus aku buru,
Atau biarkan sahaja takdirnya dengan yang teman baru,
Agar mendapat persamaan yang kufu’
Kafaahnya juga tidak kufu’ denganku,
Member sirna bahawa dia tidak sesuai bagiku,
Kerana kafaah itu,
Akanku buru kafaah yang baru,
Mencari kesempurnaan pada diri,
Agar dapat menjaga zuriat yang dikurnia Ilahi,
Dengan amal, kebaikan dan ilmu,
Menjadi hambanya yang diredha selalu,
Menjadi penawar kalbu,
Di dunia dan di akhirat yang dituju,
Salahkan aku mempertaruhkan kufu’,
Dalam mencari pasangan yang boleh memandu,
Boleh dipandu,
Boleh menolong selalu,
Boleh ringankan tangan selalu,
Maka, itulah titik yang aku harus ketemu,
Dalam melaksana syariatNya yang satu,
Dalam mencari pasangan kalbu,
yang, I would say that this I promise you,
Without you in my life, I can’t go on unless with you,
Forever, I will says I love you,
Ever no doubt in you,
You, I love you.
Aku kini mula sedar,
Bahawa dia bukan dicipta untukku,
Hanya sekadar teman pasti mesra,
Tidak lebih dari itu,
Walaupun suatu hari nanti aku ditakdir untuknya,
Akanku tidak menolak,
Mungkin itu sudah jodoh pertemuanku ditajak,
Akan tetapi,
Selagi diberi pilihan,
Akan ku pilih yang terbaik untuk diriku,
Kerana biarku bahagia melayar bahtera bersama,
Dengan si dia yang ku cinta
Walau badai halangan datang melanda,
Walau tsunami kasih datang bergelora,
Walau taufan dugaan datang menduga,
Akan ku hadapinya dengan tenang,
Bersama si dia yang ku cintai,
Sehingga akhir hayatku nanti,
Segalanya pasti,
Meniti kebahagiaan yang hakiki,
Dijalan yang diredhai Ilahi,
Selamanya pasti.
(keruan hati ini bila memikirkan cinta, hati dan perasaan kerana lumrah manusia diciptkan berpasang-pasangan, carilah pasangan yang dirasakan sesuai dengan sempurna, kerana kita akan hidup bersamanya selama hayat kita masih dikandung badan. Jika, percaturan atau masalah klabu melanda, maka, pohonlah pada Ilahi agar diberikan petunjuk dan hidayah untuk mencari mahabbah dihati yang boleh membahagikan kita bukan sahaja didunia tetapi di akhirat jua)
Sunday, April 18, 2010
rintihan jiwa lara kalbu merana
Gelisah jiwa ini
Merana kalbu ini jika permintaannya tidak dipenuhi
Mengapa hal ini terjadi
Sedangkan aku cuba mengelak dengan menyendiri
Hakikatnya aku dinodai
Dengan bisikan syaitan yang menyanyi
Ditepian telinga ini
Supaya jauh dari Ilahi
Dan memenuhi kepuasan diri
Walau apa cara yang dicari
Asalkan berjaya hasrat dihati
Sesungguhnya
Kepada mu ilahi aku berserah
Segala keadaan yang makin parah
Aku juga mahu Mu pimpinku ke arah terarah
Dengan pengampuan dan barakah
Hanya dariMU yang Maha Pemurah
Daku ingin kembali ke jalan MU
Pimpinlah daku dalam redhaMU
Kerana sesungguhnya daku malu
Berdepan denganMU
Berbekalkan dosa dan noda di kalbu
Aku mahu berubah
Ya Allah…
Saturday, April 17, 2010
pengalaman itu indah
Gementar dijiwa tatkala berbicara di khalayak,
Namun ku teruskan jua demi sebuah gerak,
Tentang perjuangan dalam kepimpinan,
Menerajui persada pimpinan yang ulung,
Dicurah pada rebung yang kian menjadi ruas buluh,
Acapkali aku bermonolog bahawa ‘I can do it’
Tetapi sebenarnya omongan konkrit,
Aku sedar kebolehan dan keupayaan yang membangkit,
Tetapi penentu masa dan pengalaman yang didetik,
Menjadi sederas arus di sungai yang sempit,
Berjaya dilalui tanpa rasa sakit,
Apatah lagi gementar yang menghimpit,
Segalanya mungkin berlaku,
Pertolongan teman seperjuangan membangkit lagu,
Gemuruh jiwa semangat yang dicatu,
Menjadi pengalaman yang makin laku,
Dalam arena kepimpinan yang baru,
Iringan doa dan juga restu,
(penulis merupakan fasilitator gantian untuk Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima, Klang selama 3 hari dua malam yang berlangsung di Kolej Pendeta Zaaba, UKM. Pengalaman penulis banyak didorong oleh kawan-kawan seperjuangan dalam berkonsultasi dengan Motivation Centres yang berbayar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui banyak memberikan faedah dalam sistem generik diri dan kemahiran kendiri yang lain)
pabila berbicara tentang cinta
Siapalah aku yang akan bicara tentang cinta,
Tiada kata pemula mahupun kata penutup tentangnya
Namun ku tahu akan indah dan buruknya
Bukanlah khabar yang dibawa angin
Tetapi ceritera manusia yang sememangnya mengejar cinta
Jika cinta datang menyapa, sambutlah ia, peluklah ia
Walau kau tahu jalan – jalan dihadapannya tak selalunya lurus dan lancar
Akan ada duri – duri tajam meliar yang menusuk, akan ada yang terluka
Cinta datang bukan untuk melukai, ia bukanlah musibah
Akan tetapi tidak dijanjikan perjalanannya akan selalu senang
Ia akan buatmu bangun dah terjatuh esoknya
Ia akan berikan senyuman pada paginya, tetapi buat pipimu basah pada malamnya
Ia akan buat hatimu senang, tapi berderai sebelum sore menjelma
Ia akan menyebabkan hangat dalam tidurmu, tetapi kesejukannya menusuk ke tulang sendi –sendi mu bila ia pergi tanpa kau sedari
Cinta datang tidaklah berkali – kali, tidaklah ia datang seumur hidup sekali
Jika ia datang, jangan kau jadikan egomu perisai, namun jangan sampai maruahmu dilelong dan tergadai
Cinta yang ikhlas sebenarnya sudah tertanam dalam dirimu
Simbahlah ia dengan ketulusan, kejujuran dan petik bunganya dan hayati harumnya. Tidakkan lagi tertitis airmatamu sebabkan cinta.
Ingatlah bahawa Tuhan telah berikan cinta, mengapa mahu ditolak?

sikap nan egois
Wahai orang yang mengadu, apa penyakitmu?
bagaimana engkau boleh bertolak jika engkau banyak penyakit?
seburuk-buruk pendosa adalah jiwa yang berlindung sebelum bertolak
Engkau lihat duri dipohon mawar
menghalang mata untuk melihat bahawa di sana ada bunga yang cantik
Dia adalah beban bagi hidup
bagi yang berfikir,hidup adalah beban yang berat
Jiwa yang tidak pernah melihat sesuatu sebagai keindahan
tidak akan tahu apa itu keindahan
nikmatilah cuaca pagi selagi masih pagi
jangan takut pergi sebab dia akanpergi dengan sendirinya
Jika dikepalamu ada kesedihan maka potonglah
dan jangan engkau usik supaya tidak memanjang
Burung-burung tahu apa kelemahannya
maka sungguh celaka jika engkau masih tidak mengerti juga
Apa pendapatmu,jika ladang kepunyaan orang dijadikan tempat bercanda dan tidur siangnya?
nukilan buat ibu
Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati...... . mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku..... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
(

7 perkara yang anda 'wajib' lakukan setiap pagi
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Friday, April 16, 2010
dambaan hanya padaNYA
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha.
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar.
Mengapa mengharap segunung intan jika usaha kurang ditangan
Mengapa menjauh dari Tuhan kerana itu membinasakan pahala
Mengapa cinta tak berlandas syariah jika mahu mengikuti Sunnahnya
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri.
Mengapa masih dicari yang tak pasti andai di hadapan menanti dengan setulus hati
Mengapa karam dilautan dunia jika tidak pandai mendayung ke akhirat
Mengapa gertak membenci takdir Ilahi kerana itu ujianNya yang hakiki
Mengapa sedih ditinggal kekasih hati, mengapa tidak sayu mengenang Rasul yang sentiasa menyebut ‘ummati’
Mengapa harus berbicara tentang kesetiaan jika hati masih dihantui dengan keraguan
Mengapa harus bermusuhan durja kerana persahabatan ikatan yang setia
Dan marilah mengembeling tenaga
Menambah ilmu, iman amal dan usaha
Mencari rahmat di destinasi CintaNya

kisah perjalanan cinta, kasih dan sedih dan kecewa
Entah mengapa kebelakangan ini, hati ini gertas ingin bermadah pujangga dan berpuisi. Justeru, ku biarkan sahaja pena menari rentak tulisan tentang sebuah perjalanan CINTA-KASIH-KECEWA dan SEDIH. Hayatilah monolog yang dilontarkan. Moga apa yang cuba disampaikan mampu menjadi renungan buat semua.
KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.
Sementara itu, dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH, asyik memerhatikan gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama benar rasanya CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH dan menyayangi KASIH dalam diam.
CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar. Raut wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka tatkala ditatap olehnya. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA. KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.
Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. dibiarkan sahaja KECEWA berlalu sepi.

Nyata KASIH rimas dan kelihatan
Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. Mereka mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka.
"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk.. "Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?"

.Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yang ingin rapat dengan KASIH. "KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?" "Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."
KASIH ingin berlalu pergi.
"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapan KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."
CINTA memerhati KASIH berlalu pergi. KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungkin KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.
"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..

Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.
GEMBIRA..kenapa kau menjauh dariku, datanglah kepadaku kerana kudambakan kegembiraanmu walaupun CINTA bakal menghalang..?
Subscribe to:
Posts (Atom)