Monday, September 20, 2010

monolog mahabbah

Kali ini,
Ku mengunjungi semula ketika dan waktu itu
Cuba menelusuri kembara cinta
Samarnya masih lagi dikabusi dengan persoalan
Walaupun sinar dan sirnanya mula kelihatan

Adakah ini penantian atau penyiksaan
Menunggu tibanya waktu itu
Untuk berbisik dengan alam
Menari dengan bulan
Bermandikan embun
Di bawah wahana cinta sejati
Masih mencari yang hakiki

Namun,
Gelojak mana yang dapat bertahan,
Gelora mana yang mampu dimapan,
Keinginan mana yang mampu ditolak,
Tatkala hati kecil bercirikan iblis membisik sayu
Bahawa, “tidakkah dikau cemburu dengan pasangan dua sejoli itu?”
“tidakkah dikau mahu menjadi seperti itu…?”

Maka,
Tautan hati tak dapat menahan,
Lempias keinginan untuk menjadir dua
Sebelum bertukar tragedy
Adakah itu kemahuanmu?
Adakah itu yang kau mahu?
Kerana yang halal tidak patut dimulai denga yang haram
Kerana yang haram tak patut mencemari yang halal
Dek kerana keredhaan ada hikmahnya
Takdir penentu segala
Jika si dia adalah terbaik buatmu
Maka, tentulah suatu masa dan ketika dia menjadi suri hatimu
Bersabarlah….

Ada ketikanya
Monolog sebegini perlu dihalusi
Demi mempertingkatkan iman dan solusi
Supaya kita tidak terjebak kepada sesuatu yang nafsi
Dek kerana ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang,
tanpa percintaan mustahil keserasian dikesan,
merka sebenarnya terlepas pandang,
dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang,
yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
taaruf itu mendedahkan keserasian,
cuma takrif taaruf dan serasi dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan sersi dengan kehendak pasangan,
cinta ar-rahman menjaga kebahgiaan,
lantaran itu, batasanNya tidak boleh dipermainkan !!!
Perhubungan yang HALAL (perkahwinan) tak perlu dimulai dengan yang HARAM.
takut2 Keberkatan akan hilang dalam perhubungan.
Renungkanlah !

No comments:

Post a Comment