Gadis A: dia mintak couple dengan saya.
Gadis B: Dahtu? Awak cakap apa kat dia?
Gadis A: Saya tak couple sebab couple tu kan haram.
Betul ka? Tapi tak salah kan kalau kita bercinta?
Gadis A: Yalah..tapi….
Gadis B: Dahtu? Awak cakap apa kat dia?
Gadis A: Saya tak couple sebab couple tu kan haram.
Betul ka? Tapi tak salah kan kalau kita bercinta?
Gadis A: Yalah..tapi….
Hati dan jiwa muda remaja selalu berkata,apakah salah kita bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah fitrah dan naluri. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti mana badan kita memerlukan makanan. Oleh sebab cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun, Si Pencipta tidak kurniakan cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar dek kerana hawa nafsu orang yang bercinta itu. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta.
Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Ketika itulah FITRAH ini bertukar menjadi FITNAH. Apabila kehendak semula jadi tidak diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapa perlunya peraturan cinta? Jawabnya ialah Allah menyintai hambaNya. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan mengundang kemusnahan.
Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mangajar kita bahawa jangan sesekali bermain dengan cinta,nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat cinta yang membelakangkan Allah..
Hubungan cinta antara pasangan,jangan dicemari oleh sebarang tindakan yang menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan terjadi. Kemusnahan yang dikatakan ialah seperti gejala rogol, maksiat berleluasa, pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Jangan lah kita kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang melalaikan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada masa tulah, cinta itu dikatakan BUTA. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya( ini selalu berlaku kepada wanita).
Ketika itu, kita tidak nampak apa yang lain melainkan apa yang dicintainya sahaja. Lupalah diri kepada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu terlalu asyik dengan hadiah yang diterima sehingga lupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya??
Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum Allah dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa megah. Kenapa dikatakan begitu? Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
Tergamak berdua-duaan ditempat sunyi walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi SAW bahawa dalam keadaan macam tu,syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari tu pun ada juga yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun perosak yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah dengan buah yang rasanya pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama pelik dan menjijikkan(zina, sumbang mahran, bohsia, bohjan, buang bayi dan pelbagai lagi). Ketika itu,cuba kita persoalkan,,indah kah cinta???
Peraturan cinta bagai tanda- tanda dan lampu isyarat di jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerankannya perlu dikawal dan diatur. Jika tidak, dengan kuasa itu, akan berlakulah kemalangan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata—mata kerana mengharapkan keredhaanNya. Allah memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Oleh itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan kerana Allah. So,macam mana tu?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda rasulullah SAW:
“apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
“apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana Allah, dengan tujuan untuk membina rumah tangga muslim,malahirkan zuriat yang soleh dan solehah, membentuk keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan segala hukum dan perintah Allah. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa takut dan tunduk pada Allah, di samping dapat beribadat dan bertakwa kepadaNya.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bisikan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah.
Hakikatnya, cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya,,CINTA MONYET.. hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tiada pendedahan aurat, tiada pergaulan bebas, tidak ada pengabaian perkara yang asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain.
Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh dengan berkata: cinta apa namanya jika tak ada dating, tak ada perbualan telefon yang panjang(bergayut), tak ada surat cinta, tak ada sentuhan, tanpa kerlingan dan senyuman??
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan yang Allah dah tetapkan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan kita sebagai remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Jesteru, banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya adalah lambang cinta terhadap hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh dengan semua itu. Dan cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-tempat pertama melahirkan cinta suci, ketika itu, saya percaya bahawa FITRAH itu adalah ANUGERAH…
Oleh itu,setiap pasangan seharusnya mematuhi peraturan cinta yang ditetapkan oleh Allah…kerana nescaya kita akan bersyukur dengan fitrah yang Allah kurniakan itu kelak. Namun persoalannya,mampu kah kita?