Cerita ini adalah cerita mengenai bagaimana kunjungan ke Kaabah telah menginsafkan mereka diperjalanan menelusuri hari-hari di rumah ALLAH. Petikan daripada kisah benar Majalah Tabloid MASTIKA, Januari 2007
Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku untuk dijadikan panduan hidup menjalani suka-duka kehidupan di dunia yang bersifat sementara sahaja ini.
JAM sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Saya gerak-gerakkan tubuh Imran, Hazrul dan Sofian. Ketiga-tiga mereka ini teman sebilik sepanjang saya berada di Mekah.
"Abang Im... bangun bang. Kata nak pergi qiamullail," panggil saya separuh berbisik. Saya panggil juga Hazrul dan Sofian kerana mereka bertiga awal awal lagi berpesan, jangan lupa kejutkan mereka. Mereka juga mahu bersama-sama berkiamullail.
Tapi bila saya panggil, ketiga-tiganya menggeliat, kemudian menyambung semula tidur. Tiada seorang pun yang terjaga biarpun sudah beberapa kali digerakkan. Penat sangat agaknya.
Lalu saya bersiap-siap, bersihkan diri dan menyalin pakaian. Saya tinggalkan mereka lalu melangkah ke Masjidilharam yang jaraknya kira-kira 20 minit berjalan kaki dari Hotel an-Nakheel, tempat saya menginap. Saya melangkah bersendirian.
Teman-teman serombongan yang lain ada juga yang saya lihat keluar ke masjid di waktu tengah malam, tetapi kerana masing-masing mahu beribadat, saya tidak sempat mengenali mereka dengan lebih rapat.
Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah saya tidak menghadapi sebarang kesulitan, mungkin kerana ini kali kedua saya kunjungi Baitullah. Kerana itu juga mudah untuk saya jalani ibadah biarpun tidak berteman.
Entah bagaimana tiba-tiba saya terkenangkan Ustaz Hadi, iaitu ustaz yang sering memberikan saya tunjuk ajar sebelum berangkat ke Mekah. Kata Ustaz Hadi, banyakkan masa beribadat dan berada di masjid.
Memang sebelum berangkat ke Mekah, saya sudah berazam mahu penuhi setiap masa yang terluang dengan bersembahyang, mengaji al-Quran, berdoa serta banyak menyerahkan diri kepada Allah.
Malah sewaktu di tanah air, saya juga banyak melatih diri dengan sentiasa mendekatkan diri dengan masjid. Maksudnya saya tidak lagi solat di rumah tetapi berjemaah di masjid berdekatan rumah saya di Kemaman, Terengganu.
Setiap kali azan Subuh berkumandang, saya pastikan saya sudah berada di surau sama-sama berjemaah. Jika sebelum ini jarang sekali saya dapat sembahyang Subuh berjemaah tapi sejak saya bertemu dengan Ustaz Hadi, sikap saya banyak berubah.
Masih saya ingat kata-kata ustaz tersebut; "Kalau tak praktikkan sekarang nanti kat Mekah lagi susah nak biasakan diri. Rugi... bukan semua orang berpeluang ke sana. Ramai yang impikan mahu ke Mekah, kamu jangan sia siakan masa yang ada. Dekatkan diri pada Allah, kunjungi masjid sekerap yang mampu," pesan Ustaz Hadi bersungguh-sungguh.
Sejak itu saya tidak pernah lupa bersolat jemaah. Subuh, Zuhur, Asar,Maghrib atau Isyak semuanya saya laksanakan bersama-sama jemaah yang lain. Urusan kerja bukan lagi menjadi penghalang untuk saya tidak ke masjid.
Saya betul-betul berazam, sesibuk mana pun saya dengan bebanan kerja di pejabat, saya pasti akan bersolat jemaah. Waktu rehat, pukul 12.45 tengah hari, saya tidak lagi sibuk mencari tempat makan tetapi cepat-cepat tinggalkan pejabat dan melangkah ke masjid yang berhampiran. Sebelum masuk waktu Zuhur saya sudah terpacak di dalam masjid.
Begitu juga dengan waktu Asar. Saya siapkan kerja-kerja pejabat yang ada. Masuk saja waktu, saya bersihkan diri, berwuduk. Habis waktu kerja, saya tidak lagi pulang ke rumah atau membuang masa berjalan-jalan atau keluar minum, tetapi singgah ke masjid dan berjemaah di sana.
Kata-kata Ustaz Hadi benar-benar tersemat di hati saya. Memang ramai yang menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, jadi kunjungan kali kedua saya ini tidak mahu saya sia-siakan lagi.
Sebaik saya tiba di Mekah seminggu yang lalu, saya sudah dapat membiasakan diri. Tiada masalah lagi bagi saya untuk mengerjakan solat tepat pada waktunya dan melangkah ke masjid untuk berjemaah.
Malah di dalam bilik, teman-teman memanggil saya tauke jam kerana sayalah orang pertama yang akan terjaga. Bukan itu saja, saya juga ditugaskan untuk mengejutkan mereka.
Memang saya sering membantu mereka. Pengalaman-pengalaman lepas sewaktu kali pertama mengerjakan umrah saya kongsikan dengan mereka.
Bila terkenang kata-kata Ustaz Hadi, mata saya yang mulanya mengantuk akan kembali segar. Lantas saya mempercepatkan langkah. Tepat pukul 1.00 pagi, saya tiba di Masjidilharam.
Saya mengambil tempat betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Saya pelik, kerana malam itu tidak seperti malam-malam yang lain. Jemaah yang datang agak kurang. Tidak sesak seperti selalu. Fikir saya, mungkin mereka sedang berehat di bilik masing-masing sebelum masuk waktu Subuh.
Selepas selesai solat tahajud, saya selak al-Quran. Saya baca ayat-ayat suci itu. Hati saya terasa cukup sayu ketika bait demi bait ayat Allah itu saya luahkan. Air mata saya tiba-tiba mengalir.
Saya teruskan bacaan. Ayat demi ayat. Tubuh saya tiba-tiba terasa dingin. Saya yang sebentar tadi hanya tunduk menatap al-Quran, mengangkat kepala. Ada cahaya yang bersinar-sinar.
Cahaya terang keemasaan itu memancar betul-betul dari hadapan saya. Cantik! Cahaya itu berkilau-kilauan. Belum pernah saya lihat sejak saya jejakkan kaki ke situ seminggu yang lalu.
Saya masih ingat semalam saya juga duduk dan bersolat di tempat yang sama, di hadapan Kaabah tetapi tiada cahaya yang memancar terang seperti itu. Malam-malam sebelumnya juga begitu. Ya, memang di sinilah tempatnya, tapi kenapa malam ini cahaya itu terpancar terang-benderang?
Saya lihat ayat-ayat suci keemasan yang terpampang di hadapan pintu Kaabah, Allahuakbar! Cantik sungguh.
Berkilau warnanya. Dapat saya rasakan pancaran cahaya itu menyinari seluruh bahagian pintu Kaabah.
Mata saya tidak berkelip. Saya tertanya-tanya kenapa baru malam itu saya melihatnya? Atau adakah saya yang tidak menyedarinya sebelum, ini?
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Asyhadu an lailahaillallah...
Saya tersentak! Laungan azan subuh mengejutkan saya daripada lamunan. Sebaik sahaja saya alihkan pandangan ke arah lain tiba-tiba cahaya yang terang-benderang itu hilang.
Saya pandang pintu Kaabah, cahaya yang terpancar sebentar tadi tidak ada lagi. Hanya cahaya lampu biasa yang menyinari. Saya melilau ke kiri kanan tercari-cari cahaya itu.
Memang saya yakin cahaya yang terang-benderang, berkilau-kilau itu datangnya dari pintu Kaabah, saya duduk betul-betul di hadapannya, mustahil saya tersilap. Selesai solat Subuh saya sekali lagi duduk di hadapan pintu Baitullah.
Setiap inci pintu Kaabah itu saya renung. Saya baca ayat-ayat suci yang terpampang di atasnya. Di hati saya masih tertanya-tanya dari mana cahaya itu datang? Saya masih belum puas melihatnya.
Lama saya menunggu namun cahaya keemasan itu tidak juga memancar. Akhirnya, saya kembali ke bilik hotel. Saya temui seorang mutawif yang menjaga rombongan kami. Saya ceritakan
apa yang saya alami sebentar tadi.
Saya juga gambarkan bagaimana cahaya cantik itu memancar. Warnanya terlalu indah, belum pernah saya lihat sebelum ini. Sebaik habis saya bercerita, mutawif itu tertawa kecil.
Sambil menggeleng kepala, mutawif itu memberitahu sepanjang dia berada di Mekah, belum pernah dia melihat pintu Kaabah itu bercahaya seperti mana yang saya ceritakan kepadanya.
Malah katanya, tiada cahaya yang terang-benderang seperti itu kerana pintu Kaabah hanya diterangi cahaya lampu biasa. Dari mana cahaya emas yang saya lihat itu datang, dia sendiri tidak tahu.
"Nanti awak tengok sendiri pintu Kaabah tu, memang tak ada lampu besar atau lampu emas yang dipasang," katanya setelah saya masih bersungguh-sungguh menceritakan.
Sepanjang hari itu saya masih terkenang akan cahaya yang saya lihat subuh tadi. Ada kalanya saya tersenyum, gembira dapat melihat sesuatu yang indah di Baitullah.
Malam itu saya ambil keputusan untuk bermalam sahaja di Masjidilharam. Saya mahu duduk di hadapan pintu Kaabah. Saya mahu membaca ayat-ayat suci al-Quran. Saya mahu beribadat di situ.
Saya renung setiap inci pintu Kaabah. Saya pandang lampu-lampu yang meneranginya. Memang betul apa yang dikatakan mutawif tersebut. Tiada lampu yang terpancar seperti apa yang saya ceritakan padanya.
Kala itu air mata saya mengalir. Bukan saya menangis kerana tidak berpeluang sekali lagi melihat pintu Kaabah itu dilimpahi cahaya tetapi saya menangis kerana terkenangkan peristiwa semalam.
Indahnya Kaabah ketika itu. Ayat ayat suci al-Quran yang sebelum itu samar-samar kerana kedudukan saya yang agak jauh, tiba-tiba menjadi jelas kerana disimbahi cahaya yang berkilau keemasan. Hinggakan saya mampu membacanya baris demi baris.
Tatkala air mata saya masih mengalir di pipi, saya terkenangkan Ustaz Hadi. Kata-katanya yang meminta saya menggunakan sebanyak masa yang ada dengan beribadat dan menyerahkan diri pada Allah, bermain-main di fikiran.
Mungkin itulah yang dimaksudkan Ustaz Hadi, semua orang menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Mekah tetapi tidak semua orang miliki peluang itu. Mungkin Allah bukan sahaja memberi saya peluang mengerjakan umrah buat kali kedua tetapi turut memberi saya peluang untuk melihat sendiri keagungan-Nya melalui pancaran cahaya di pintu Kaabah itu.

No comments:
Post a Comment