Adakalanya diri ini tidak mampu menipu perasaan diri sendiri. Hatiku sering terkenangkan peristiwa aku ‘mengoyakkan’ hati seorang wanita yang ingin bertakhta di hati ini. Namun, tempiasa keegoan dan ketidaksediaan menyebabkan jiwanya dibiar hanyut dalam dunia sendiri walaupun pahit menelan madu, hempedu disangka madu. Saban waktu pesanan ringkas yang menyapa dengan penuh kasih sayang menyebabkan hati ini berdetik seraya berkata, “mengapa tidak diberikan sahaja kunci pintu hatiku kepadanya?”. Apa kurang dirinya, cantik, bergaya, periang dan open-minded’. Pendek kata, tidak rugi memiliki dia seperti itu. Menjadi penghibur dikala sunyi dan menjadi melodi dikala sepi.
Hati berdetak siapa yang tahu, disebalik kemegahannya sebagai wanita, menampakkan lempias sisinya yang hitam. Lempiasan itu kecil sahaja. Sekecil batu hitam yang dilempar ke dalam kegelapan malam tetapi aku bisa menampakknya dengan jelas lalu menjadikannya wadah untuk menambahkan koleksi kekurangannya yang ada. Walaupun kau tahu bahawa manusia itu tidak sempurna namun hati ini berdetak kencang menyatakan bahawa dirinya tidak sesuai lagi bagiku. Bila perkara ini ditujukan kepadanya, titisan mutiara membasahi pipinya yang tiada cela dan gebu. Jauh disudut atiku, aku tidak tegar menghadapinya kerana perasaan sensitive ku serapuh karang dilautan. Namun, amarah yang menahan aku dari turut serta dalam linangan berliku mutiaranya. Aku pasrah sahaja melihatnya menghitung mutiara digelangi luka tanpa berkata sepatah kata.
Aku kelu tidak berbicara dan membiarkan malam menemaninya tanpa ucapan selamat malam seperti selalu. Semalam aku berfikir dan bertanya pada hatiku, betulkah apa yang aku lakukan kepadanya. Sungguh ku tak sanggup ini terjadi, adakah pintu aku patut dibukakan untuknya. Dengan iringan lagu ‘saat terakhir’ oleh ST12, mengiringi karanganku pada kali ini. Namun diatas semua yang terjadi, apa yang aku boleh harapkan ialah menjadi teman tapi mesranya selagi hayat dikandung badan. Jarak kini yang memisahkan aku dan dia. Aku di selatan dia diutara, kerana pertemuan satu jam yang lalu berakhir tanpa bicara yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment