suria yang menyinar
gagal memberi keceriaan
tautan yang bersemi sekian lama
putus terburai di tengah perhentian.
mengapa dialpa persengketaan yang timbul,
mengapa diranjau duri yang tajam
mengapa menangguk di hilir mudik
jika diri tak mampu berkelana
mencari sebuah jawapan
yang kian jauh dari ingatan
kerana hasutan diri
yang memesong akidah dan pegangan diri