"to do is to be"-Friedrich Nietzsche "to be is to do"-Immanuel Kant "do be do be do..."-Frank Sinatra "do what you do, be what you be.."-Little Caliph Jr.
Monday, August 31, 2009
Merdeka...tapi merdekakah kita??
Hari ini kita menyambut kemerdekaan negara yang ke-52 tahun bertemakan pencapaian didahulukan rakyat diutamakan. Paling bermakna lagi kita menyambut kemerdekaan ini dengan penuh kesederhanaan, tiada lipmah-ruah percikan bunga pai di dataran merdeka dan tiada konsert dan hiburan melampau yang melalaikan..Yang ada hanyalah kesyukuran yang dipanjatkan kerana dengan izin-Nya kita masih lagi mampu menikmati kehidpuan yang merdekan di bumi bertuah ini.
Namun, setakat manakah merdekanya kita??
Adakah dengan melaungkan merdeka sudah cukup untuk membuktikan kita merdeka..Apa yang pasti kemerdekaan hakiki di dalam bulan yang penuh barakah ini ialah kemerdekaan daripada belenggu nafus yang mencengkan diri sekian lama, merdekakan dari belenggu hasad dengki dan durjana kerana penjajahan sebeginilah yang akan merosakkan minda masyarkat pada hari ini.
Justeru itu,kecapi kemerdekaan dengan zikrullah dan mengingati Allah selalu, walaupun pada hakikatnya kita sudah mengecapi merdeka hampir separuh abad lamanya namun ini tidak bermakna kita merdeka dari suruhan ALLAH. Justeru ingatilah Allah dan taati perintahNYA dan tinggalkan laranganNYA kerana sesungguhnya kita akan merdeka yang hakiki apabila menapak di syurga nanti....InsyaAllah
Friday, August 28, 2009
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil
mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikkan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di
perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk
menghindari siksa neraka.
Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita
"Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani." Lelaki yang cantik adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan
hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang
sempurna
seorang lelaki
"Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan
kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan." Perempuan yang
gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah
ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh
iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan
sempurna
bagi seorang
perempuan.
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..
Ingatlah bahawa didalam bulan puasa ini, banyak memberi hikmah kepada kita. Amalan yang selama ini kurang dipertingkatkan, dan ketaqwaan yang selama ini tumpul dipertajamkan kerana seseungguhnya hanya amalan inilah yang akan dibawa ke alam Barzakh selain doa anak yang soleh..
justeru, hayatilah puisi untuk direung dan dihayati bersama........
Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Tidak guna lagi bersedih walaupun orang lain itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir
Dan satu salam berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat sebelum diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Yang dibumbungi dengan langitNya
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Tapi Allah mengangkatmu lebih agung dari malaikat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal, iman, dan takwa
Menjadi bekal dan teman sepanjang jalan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, pangkat dan wanita
Kad kredit, kereta, kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
(apinkyroseholic)
muhasabah ramadhan
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini
adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang
lebih baik.
PASRAH SEGALANYA
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela
Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laulan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci
Tuesday, August 25, 2009
Rahsia Sebalik Puasa Ramadhan
1. Mensyukuri nikmat Allah
Mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita semua atau tanda terima kasih kepada Allah sebab semua ibadah mengandungi erti bersyujur ke atas nikmat pemberian-Nya yang tidak terbatas banyaknya dan tidak terhingga nilainya. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;
“jika kamu menghitung akan nikmat (pemberian) Allah kepada kamu, nescaya kamu tidak mampu untuk menghitungnya”. (Ibrahim:34)
2. Mengurangkan kekuatan jasmani
Mengurangkan kekuatan jasmani, mengurangkan makan dan minum supaya dengan beribadah puasa tinggilah jiwa keikhlasan dan supaya bertambah taat dan patuh terhadap perintah dan suruhan allah SWT.
3. Membiasakan dan melatih diri dengan bersabar
Membiasakan dan melatih diri dengan bersabar dan tetap menahan kesukaran serta menguatkan iltizam. Orang yang sedang melakukan ibadah puasa bermakna mereka memberatkan diri mereka untuk menjauhkan nafsu dari segala yang diinginkan seperti makan minum, mendekati isteri pada waktu siang serta menolak pelbgai macam rintangan dan halangan.
4. Menyedarkan diri kita yang sentiasa berhajat
Menyedarkan diri kita, bahawa kita adalah hamba Allah SWT yang sangat hina. Dalam kerakusan kita terhadap segala jenis ragam makanan dan minuman. Orang yang sedang dalam keadaan berhajat kepada sesuatu yang diinginkan itu, merasa tunduk dan merendahkan diri kepada Allah yang Maha Kaya.
5. Menyelami perasaan orang yang tidak bernasib baik
Menyedarkan mereka yang hidup dalam kemewahan untuk menolong orang-orang yang tidak bernasib baik, hidupnya serba kekurangan
demi cintamu Husnul Khatimah..
CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita ini.
Ringkasnya, ana nyatakan: Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap kami pasangan yang paling ideal. Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan tempat. Kami terpaksa berpisah sementara - demi cita-cita - ana ke utara mengaji perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.
Nil gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir. Dan tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati. Namanya Jai - saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi. Tengok-tengokkan saja, pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!
Entah kerana apa, setahun selepas itu, hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat rutin kesibukan seorang siswa - senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan selama dua tahun. Cinta 'monyet' zaman persekolahan itu ternoktah di situ.
Ana kesal juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa yang akan mengalah. Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir dilupakan terus.
Kelembutan dan kebaikan Kay - seperti Nil - mengisi sepi dan kekosongan hati ana. Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang. Hari demi hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali pertunangan.
Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar. Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam memori duka. Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?
Belum sempat menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma. Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan.
Kau pacar paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal setelah kehadiran Kay. Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan.
Di mana Nil sekarang?
Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat.
Ana terkesima. Keluhan Jai itu mulai mengundang rasa bersalah. Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan situasi sebenar.
Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku?
Salahkan dirimu Fal, bila mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi. Hidupnya hampir hancur.
Hancur?
Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata, tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa. Ah, cinta kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia.
Jai mencari kekuatan bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo lagaknya.
Pelajarannya hampir tersungkur. Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu.
Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar.
Aku cuba menghubungimu kala itu. Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap dirinya. Ramai juga teman yang meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya memenangi hati Nil yang kosong.
Ana menggigit bibir.
Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben, keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan. Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi Nil.
Fal, kautahu kesudahannya?
Ana sekadar menggeleng.
Nil terpedaya. Mereka terlanjur….
Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini tersalah dengar?
Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya. Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya.
Rasa berdosa serta-merta mendera.
Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali. Akukah punca semua ini? Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai. Engkaulah orang yang paling tepat!
Akulah yang bersalah membiarkannya! Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap. Apa yang harus aku lakukan?
Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara sahabatnya yang bersimpati. Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke sehari, Rai memberitahu. Nil diugut. Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu! Kekesalan yang sukar dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah terjalin. Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya!
Kami dipertemukan juga setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura tidak mengenali ana lagi bila disapa. Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja.
Nil dah tak kenal Fal lagi?
Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi.
Fal minta maaf. Fal sangat bersalah padamu.
Maaf? Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak.
Percayalah! Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil. Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.
Carilah gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi. Fal mau terima Nil dengan perut yang boyot ini?
Angguk.
Fal terlalu berdosa meninggalkanmu. Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana lagi. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya kami tiup keyakinan dan semangatnya semula.
Tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim di pejabat agama. Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali.
Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan.
Dan Nil kadang-kadang sengaja menduga:
Mengapa abang masih pilih Nil?
Sebab cinta abang hanya pada Nil saja.
Bukan kerana kasihan?
Geleng.
Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan Nil?
Pengorbanan abang terlalu besar! Bagaimanakah Nil dapat membalasnya?
Cinta sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan Nil. Sayangkan akidah Nil.
Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa. Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram. Namun ada cabaran lebih akbar di depan. Bagaimana mahu menghadapi keluarga?
Ya, bonda memang sudah lama merungut mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada masa yang sesuai. Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya nanti mahu disatukan secara beradat.
Anak dalam kandungan Nil kian membesar. Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan. Untuk beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga kerahsiaan ini. Demi kemaslahatan Nil.
Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan nasib anaknya nanti? Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur. Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita.
Tetapi soal identiti anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa? Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin! Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.
Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.
Abang terlalu baik!
Demi cintamu, Nil!
Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya. Salahkah tindakan ana selama ini? Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?
Suatu malam, Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah. Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor menghalang. Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal ana kala menunggu.
Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung dengan maut. Tuhan sahaja yang Mahu Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara!
Doktor yang menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa.
Bagaimana isteri saya, doktor?
Err, diharap encik dapat bertenang.
Nil yang menghidapi asma dikatakan menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas.
Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan.
Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang damai. Menangis semahu-mahunya!
Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama puterinya yang ana namakan seperti namanya - Husnil Khatimah. Kehilangannya begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.
Ia tamat di situ.
Ya, memang ini bukan sekadar cerita cinta tetapi memori sedih. Pelik bukan? Cinta bukan sahaja hadir tiba-tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu.
Apakah anta percaya?
Saturday, August 22, 2009
tazkirah ramadhan
first of all I wish Happy Fasting for the whole Ramadhan, a holy month for muslims to 'purify' back themselves toward Allah.
However, we as muslims don't know when the day of judgment will come?maybe today?tomorrow?or as Western-Researcher claimed that the day is 12.12.12
I don't know but for them they will believe that statement. Since, we are muslims don't ever believe what they said because we have to believe the Quran, the holy manuscript for muslims..
therefore, in the Quran, it's said about the signs of the day of judgment
The signs of the Day of Judgment are divided into two sections.
1. The first 'the minor signs', of which began from the time of the Prophet Muhammad (S).
2. The second 'the major signs', of which will appear very close towards the Day of Judgment,and when last-moment repentance will not be accepted by Allah (SWT).
MINOR SIGNS :
One of the first signs to appear was when the Prophet (s.a.w.), with Allah's Will, split the moon in half. Some explanations suggest that the Angel Gabriel placed his wing in front of the moon and therefore gave a splitting appearance, and another explanation believes that the moon did actually split.
This phenomenon was proven true, many years later, by astronauts studying the moon.
MAJOR SIGNS :
• Camels will no longer be used as a means of transport;
• People will ride on saddles that aren't saddles-cars?
• The distance on earth will become short;
• Horses will not be used in wars;
• Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople - Istanbul;
• The Jews will gather again to live in Bilad Canaan;
• Very tall buildings will be built;
• The disappearance of knowledge and the appearance of ignorance, with much killing;
• Adultery will become widespread, and the drinking of wine will become common;
• The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50 women to be looked after by one man;
• Islam will become worn out like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals are;
• Allah will send a disease to fornicators that will have no cure --->(Aids?);
• People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINY);
• Men will pass by people's graves and say: "Would that I were in his place";
• The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria);
• Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion --->(World War II?);
• Approximately 30 DAJJALS will appear, each one claiming to be the messenger of Allah;
• Earthquakes will increase;
• Time will pass quickly;
• Afflictions will appear;
• Killing will increase;
• Wealth will increase;
• Women will be wearing clothes but not wearing clothes;
• When a mother gives birth to her mistress - (the daughter gives orders to her mother);
THE PROPHET (saw) SAID: "IF MY UMMAH (PEOPLE) BEAR 15 TRAITS (QUALITIES),TRIBULATION WILL FOLLOW IT."
(DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED, "WHAT ARE THEY O MESSENGER OF ALLAH?"
HE SAID:
• When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;
• When a trust becomes a means of making profit;
• When paying ZAKKAT becomes a burden;
• When a man obeys his wife and disobeys his mother; And treats his friendly kindly whilst shunning his father;
• When voices are raised in the mosque;
• When the leader of a people is the worst of them;
• When people treat a man with respect because they fear some evil that he may do;
• When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals."
'IMRAN IBN HUSAYN SAID: "THE PROPHET (AS) SAID, 'SOME PEOPLE OF THIS UMMAH WILL BE SWALLOWED BY THE EARTH, TRANSFORMED INTO ANIMALS, AND SOME WILL BE BOMBARDED WITH STONES'.
ONE OF THE MUSLIMS ASKED, 'WHEN WILL THAT BE O MESSENGER OF ALLAH?', HE SAID, 'WHEN SINGERS AND MUSICAL INSTRUMENTS WILL BECOME POPULAR, AND MUCH WINE IS DRUNK.'"
THE GREATER SIGNS OF THE HOUR
• The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayyah will be left on earth. (Some groups of old people will be left who will say: "We heard of fathers'saying LAILLAHA ILLA ALLAH" so we repeat it)
• The appearance of the MAHDI;
• The appearance of the DAJJAL (Anti Christ);
• The appearance of Ya'juj and Ma'juj (biblical Gog and Magog);
• Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;
• The rising of the sun from the west;
• The destruction of the Ka'ba in the Holy City of Mecca and the recovery of its treasures;
• The smoke.
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….
Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan...
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku...
COUPLE?? ermm...bukan budaya ummat Islam...
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda
kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku
Selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
Wednesday, August 12, 2009
cinta, love & mahabbah
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
:::pinkyroseholic:::